kawan marah

  • Manusia insan yang punya akal tp memberi
    Sejuta alasan dengan kesombongan yang sempurna
    Ketakpeduliannya, lelah yang lain bertahan.
    Mungkinkah akan tiba hari sabar menghilang?


    Bilakah kau akan sedar, kawan terluka dia tetap bersabar
    Bukalah mata, jaga hati kawanmu
    Bukalah hati, terima yang ada seadanya
    Bukalah mulut, pohon kemaafan jika perlu

    Jangan kerana ego, semua tidak bertegur
    Jangan sebab sombong,semua menghilang
    Jangan kerana sekarang bodoh, kemudian hari kepercayaan runtuh
    Jangan sebab sekarang enggan, kelak ditinggalkan



    Marahnya kawan, tersenyum dalam bersabar
    Marahnya teman, gelak ketawa bukti bersabar
    Marahnya sahabat, sanggup melukai hati bersabar
    Marahnya saudara, hilang rasional bersabar!



    Manusia insan punya akal tp kerana
    Cinta kemunafikan pentingkan diri dengan kebodohan yang sempurna
    Rasa ke-aku-annya, muak sekeliling melihatnya
    Mungkinkah akan tiba hari sabar menipis?



    Try fikir dua kali semua yang pernah dan akan kau buat
    Sudah cukupkah hormat yang ada tuk mereka yang mengambil berat?

    Marahnya kawan, tersenyum bersabar

    Marahnya teman, gelak ketawa bukti bersabar
    Marahnya sahabat, sanggup melukai hati bersabar
    Marahnya saudara, hilang rasional bersabar!

No comments:

Post a Comment