ibu...

ku buka album itu
penuh debu dan usang
ku lihat foto diri
kecil bersih belum ternoda


nostalgia mula melintas
dahulu penuh kasih
teringat semua cerita orang
tentang kisah hidupku


kata mereka
diriku selalu dimanja
tambah mereka
diriku selalu ditimang


bunyi-bunyi halus suara
selalu melangkah dari bibirku
merengek meminta itu
dan meminta ini


tangisan manja dari diriku
kerana tak dapat itu
dan tak dapat ini
serta bila diri tak dipedulikan


semua itu muzik
bagi ibu yg punya anak
bagi yg lain itu derita
takkan jadi derita buat si ibu


ku renung diri ini
sudah laju berkata
serta petah melangkah
lengkap semua kemahuan

rambut ibu kian memutih
tulang kian mereput
suara semakin rendah
langkah kian terketar


apakah aku kuat?
adakah aku sabar?

apakah aku kuat 
memangku ibu
seperti aku di dukung
sewaktu kecilku

adakah sabar
dengan kerenah ibu
seperti ibu sabar
melayan kerenah kecilku

sungguh ku lemah
sungguh ku kagum
tuk kuat seperti ibu
dgn kebolehan ibu


p/s : thnx to WFC....